Friday, October 14, 2011

~Hadirnya Cinta~


Alhamdulillah atas nikmat yang diberi, aku masih D'sini..

Ya Tuhan..
Sesungguhnya hanya padaMu tempat aku mengadu..tiada siapa yang dapat menenangkan hatiku ini selainMu..

Ya Tuhan..
Sesungguhnya hanya Engkau yang memahami hatiku..dan hanya Engkau yang mengerti isi hatiku..

Ya Tuhan..
Aku buntu..buntu dengan perasaanku sendiri..Untuk kesekian kalinya aku diburu oleh cinta insani..setelah aku pertaruhkan cintaku hanya untukMu..perlukah aku menyambut huluran cinta insani ini lagi..

Masih terasa luka-luka dihati ini,tidak kusesali atas apa yang terjadi..tetapi kelukaan demi kelukaan yang aku hadapi membuatkan aku seakan tidak mahu lagi di dampingi oleh cinta dan rindu..hatiku seakan tertutup untuk menerima kehadiran cinta..ye,cinta yang akan membuatkan hatiku seperti hilang arah tuju..cinta yang membuatkan aku terlupa pada pemilik cinta yang sebenar..cinta yang akan membuatkan aku menangis dan terluka..

Ya Tuhan..
Berikanlah aku cinta yang sebenar-benarnya milikku..seandainya cinta yang hadir ini adalah cinta yang telah Engkau janjikan untukku..Kau bukakanlah pintu hatiku untuk menerimanya..seandainya cinta itu bisa menghilangkan sepi dihatiku..Kau ikhlaskanlah hatiku untuk menerima huluran cinta itu..tetapi ku mohon,Kau batasilah cinta itu agar tidak melebihi cintaku padaMu dan kekasihMu..dan Kau batasilah cintanya padaku,kerana aku yakin..cinta yang sejati itu akan kekal seandainya diletakkan dibatas garisan yang Kau redhai.. ku mohon petunjukMu ya Tuhan..

~Tuhan Berikanlah aku cinta~

2 comments:

bunga cinta said...

cinta itu fitrah yang Dia berikan utk hambanya..asal cinta itu adalah suci..jgn dikotori dgn kebatilan..walaupun Dia memberikan cinta itu kpd hmbanya,,letaklah ia pd tgkat kedua..krna cinta Ilahi adalah yang paling utama juga sbgai wasilah utk kite mengecapi keindahan dlm cinta insani..
selamat beramal ^^.

Eimi Hafiera said...

tQ adik busuk..insyaAllah akan di amalkan..huhu