Tuesday, May 17, 2011

Dag Dig Dug


~بسم الله الرحمن الرحيم~


Semakin hari,semakin dekat hari yg membuatkan org seperti aku rase x keruan..Dan saat2 mcm nie jugak la aku rasekan seperti x cukup waktu yg diberi 24jam sehari..kalaulah boleh ditambahkan waktu 2..tp siapalah aku tuk mengubah ciptaan yg Maha Esa..hari demi hari,detik demi detik,hanye 9 hari je lg aku akan melangkah tuk exam syafawi..lepas syafawi,tahriri plak..sedia @ x hanye Allah je yg tahu..tp aku xboleh mengalah,selagi kaki xjejak dewan exam selagi 2la ade mase tuk aku berusaha..selebihnye aku serahkan pd Allah tuk tentukan..baik pd Allah baiklah tuk aku..m0ge Allah memudahkan setiap urusan aku tuk mendalami ilmu agama nie..Kalau nak berjaye mesti ade..USAHA+DOA+TAWAKKAL..


p/s = tuk kawan2 yg akan exam saye doakan kite semua dpt bt yg terbaik..moge kejayaan m'jadi milik b'same..chaiy0k!!!=)

Friday, May 06, 2011

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

*c0py dr tazkirah.blogdrive*

Sunday, May 01, 2011

Ampuni aku...


Ya Tuhan...
Sesungguhnya Engkaulah pemilik hati ini..
Hanya Engkau yang memberi kebahagiaan kepada diri ini..
Layakkah aku untuk berada disisiMu ya Tuhan..

Ya Tuhan...
Sebesar manapun dosa yang aku lakukan..
Engkau tetap bersamaku..
Disaat aku gembira..
Juga disaat aku sedih..
Engkau sentiasa ada dekat denganku..
Adakah mungkin kerana kasih dan sayang yang Kau curahkan padaku,membuatkan aku semakin leka dan lalai dalam keseronokan dunia ini???

Sedang aku...
Terkadang dengan mudah melupakanMu..
Disaat aku tertawa penuh kegembiraan..
Disaat hati terluka dihimpit kesedihan..
Aku lebih rela mencari insan sepertiku untuk kuluaahkan segalanya..
Walaupun ku tahu..
Engkau sedia mendengar segala luahan hatiku..

Jahilnya aku...
Sanggup melupakan pemilik hatiku ini..
Masih adakah ruang untuk aku bersamaMu ya Tuhan..?
Setelah aku menjauhiMu..
Masih adakah peluang untuk berada dekat denganMu..?
Masih sudikah Engkau menemaniku disetiap detik waktu yang bersisa ini..?

Malunya aku...
Sungguh aku malu denganMu ya Tuhan..
Ampunilah hambaMu ini...
Pimpinlah daku ya Tuhan..
Sesungguhnya aku amat memerlukan petunjuk dariMu..
Berilah aku kesempatan untuk menjadi hambaMu..
Yang tulus mencintai dan menyayangiMu..
Sepenuh hatiku..
Dan hanya padaMu aku bersujud..

Firman Allah :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..


~Kemudian jika mereka berpaling ingkar,maka katakanlah (wahai Muhammad) "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia..KepadaNya aku berserah diri dan Dia-lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."~
Align Center
((Surah At-Taubah : Ayat 129))

1 may 2001

Alhamdulillah..aku masih diberi nikmat kehidupan yang baik..sedar x sedar arini da 1 may 2011..cepatnye masa berlalu,dan ini menandekan tinggal beberape hari je lagi imtihan syafawi akan tibe..ya Allah,rase mcm xde persediaan ape2..Al-Quran,kitab2 sume xabes lg bace..tapi orang kate selagi x melangkah pergi tuk exam selagi 2 masih ade mase tuk wat persediaan..insyaAllah,m0ge Allah beri aku kesempatan itu..m0ge segala urusan aku & sahabat2 aku dipermudahkan dan ber0leh kejayaan tuk dunia & akhirat..amin ya Rab..