Friday, January 13, 2012

Dibalik jendela



Disebalik jendela,aku memerhati laut mediterranean..Luasnye lautan yang terbentang membuatkan aku terpegun..melihat kebesaran Allah yang tiada bandingannya..Subhanallah, indahnya dipandangan mata..sekali lagi aku terfikir, sesuatu yang tidak pernah aku sangkakan..aku berada dibumi para Nabi..memerhati tinggalan2 sejarah para anbiyak..siapa sangkakan,angan2ku dulu menjadi kenyataan.. Aku menjadi insan terpilih untuk bersama para ulama' disini..Dan tanpa sedar bertahun sudah aku disini..mencari selautan ilmu itu..berjuang sehabis daya demi menjadi insan berguna.. langkah demi langkah aku susuri, dugaan silih berganti aku tempuhi, membuatkan aku menjadi seorang yang xmudah untuk mengalah..janji Allah itu benar..kesabaran yang aku pupuk dalam diri akhirnya diganti dengan 1 anugerah yang sungguh tidak ternilai harganya berbanding dengan ujian yang sedikit aku terima..Sungguh.. Maha Pemurahnya Allah..Dialah yang Maha kaya lagi Maha Bijaksana..mengatur kehidupan setiap hamba-hambaNya..Seringkali persoalan bermain difikiran " kenapa,mengapa,sebab apa aku dipilih untuk berada disini" Sedangkan lebih ramai lagi yang lebih layak, tapi..walau berjuta kali pun aku menyoalkan,x akan aku temui jawapan itu..kerana itu adalah rahsia Allah..rahsia yang xkan pernah kita tahu..dan aku hanya mampu mengatakan, adanya aku disini adalah kerana KuasaNya..Siapalah aku untuk menidakkan kekuasaanNya..Dan kesyukuran yang terhingga aku panjatkan kepadaNya,kerana disinilah aku mengenal erti sebenar kehidupan..kehidupan yang tidak kosong dengan Musibah,Sabar & Redha..itulah Misr..Bumi barakah tinggalan para Nabi..

~Terima Kasih Allah~

Bicara Hati
4.06pm
Dalam bilik ~.^

No comments: