Friday, September 21, 2012

Hilangnya cinta

Bismillahirrahmanirrahim....


Asal cinta itu dari Allah...
Mungkin kerana terlalu leka dibuai perasaan 
yang tersasar jauh hingga melupakan DIA
Maka DIA berhak menarik kembali cinta itu...
Kerana ingin aku kembali padaNYA

Ampuni aku Ya Allah...

Syukur kupanjatkan
Atas kurniaan nikmatMu
Walaupun ianya bertahan hanya sementara
Tapi tidak kukesali
Kerana Engkau yang mengatur segalanya
Hanya doa yang mampu kupohon
Moge kehilangan ini berganti
Bila & Siapa, Kau penentunya...

Kasihani aku Ya Rahman...

Jangan Kau terbitkan dendam dihati kami
Moge ketenangan bisa kami rasai
Berikan kami pengganti 
Yang akan menyempurnakan kasih
Hingga ke penghujungnya
D'Syurga nan abadi...




Bicara Hati
6.35 PM
My Sweet r00m
Alexandria Egypt.

Nota k0cek ::  Maafkan aku krn tak mampu jadi yang sempurna buat kamu..aku wanita biasa ::

Sunday, September 02, 2012

Ingatan buat seorang teman

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...



Disaat ini
Memori silam itu kembali 
Menggamit lagi
Dan aku kembali merindui
Kemesraan dan kemanisan ukhwah
Yang telah kita bina satu masa dulu..
Tapi semuanya telah berlalu
Yang tinggal hanyalah serpihan
Kenangan semusim yang lalu..

Kini..
Aku tunduk pada realiti kehidupan
Aku pasrah pada Qada' dan Qadar Tuhan
Aku belajar menerima hakikat kebenaran
Bahawa yang hidup ini hanya seketika
Segalanya hanya pinjaman cuma
Tiada yang kekal selamanya
Yang pasti
Setiap yang bernyawa
Akan kembali kepada sang pencipta

Yang ku mampu
Hanya memanjat doa kehadrat Ilahi
Agar kasih kita tetap bersemi
Suci murni, mekar dan abadi
Walau kini kita terpisah
Dan padanya jua ku bermohon
Agar kita dipertemukan lagi
Disyurga kasih Ilahi...


Zack...moge kau tenang disana...aku rindu kau zack...aku ade brite gembire,aku da tunaikan amanah yang same2 kite impikan dulu...aku tau,kalau kau ada lagi saat nie,aku yakin kau akan berjaya dulu dari aku..tapi Allah lebih sayangkan kau..kau pergi tinggalkan aku & kawan2 yang lain sekelip mata...masih terasa pelukan terakhir kau pade malam kau dihantar balik kemalaysia...renungan kau yang redup memandang aku seolah2 memberitahu yang itu adalah pertemuan terakhir kite..tp aku masih mengharapkan yang kau akan kembali semula...tp apekan daya, takdirNYA mengatasi segalanya..kau pergi juga buat selamanya...hampir 8 tahun kau pergi,tapi segalanya masih segar dalam ingatan..gurau senda antara kita takkan pernah hilang...moge kite akan bertemu disana nanti...

Ya Allah...Kau tempatkan sahabatku disyurgaMU bersama orang2 yang beriman...Aaminnn... 


Bicara Hati
1.54 AM
My Sweet r00m ^^
Alexandria Egypt.

Nota k0cek ::: Angin..sampaikan salam rinduku ini buat dia disana..sgt2 rindu kat arwah zack [ Nurul Zahirah ] T_T