Saturday, March 10, 2012

Kualiti Hati pada Kemanisan Iman

Bismillahirrahminirrahim...
Assalamualaikum sume...^^

Hmm, kali nie sayer nak kongsikan 1 tajuk yang boleh dikira penting untuk memastikan matlamat kita untuk mencapai mardhotillah menjadi impian yang nyata...=)

Dalam hidup yang sementara ini, kita dituntut mencari 'Qalbun Salim'. Inilah kualiti hidup yang perlu dicari & dinikmati. Dan ini jugalah " Syurga Dunia " sebelum Syurga Akhirat. Malangnya ramai yang mementingkan kuantiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam memikirkan kemewahan hidup tanpa mempedulikan kemanisan jiwa. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.

Tanpa ketenangan tidak ada gunanya kesenangan. Orang miskin yang sabar lagi boleh menikmati kehidupan yang tidak boelh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Itulah yang dimaksudkan oleh sabda baginda SAW yang bermaksud : " Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah ruah, akan tetapi kekayaan yang sebenar-benarnya ialah kekayaan jiwa ".

Diantara ciri-ciri yang dimiliki oleh orang-orang yang mempunyai kemanisan iman adalah seperti :

1) CINTA ALLAH DAN RASUL-NYA MELEBIHI SEGALA-GALANYA.

Mencintai Allah dan Rasul adalah cinta yang paling utama. Ia dibuktikan dengan mentaati segala suruhanNYA dan meninggalkan apa yang dilarang. Segala cabaran, halangan dan masalah yang menghalang kecintaanNYA sanggup dihadapi, diperangi malah dikorbankan. manisnya gula tidak dapat dirasai oleh lidah yang sakit. Begitulah juga manisnya iman tidak dapat dirasai oleh hati sakit. Hati akan sakit andai kita banyak melakukan dosa yang mengikut hawa nafsu dan mencintai dunia. Jika cinta Allah itu tujuan, maka cinta Rasulullah itu adalah jalannya. Sepertimana Firman Allah SWT yang bermaksud : " Katakanlah jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku ( Rasulullah ). Nescaya Allah akan memberikan balasan kepadamu dan mengampunkan segala dosa-dosa kamu. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ".

2) MENCINTAI YANG LAIN KERANA ALLAH.

Ciri kedua orang yang merasai kemanisan iman adalah dengan mencintai seseorang atau sesuatu kerana Allah semata-mata. Persahabatan, persaudaraan, percintaan, pertemuan, perpisahan, pengajian atau apa-apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah. Hadith Rasulullah ada menyebut, mafhumnya " Seseorang yang menziarahi saudaranya tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran selain untuk menyambung tali silaturrahim atau untuk menyelesaikan satu masalah saudaranya, itu adalah lebih baik baginya daripada sollat sunat ".

3) BENCI KEPADA KEKUFURAN.

Orang yang mendapat kemanisan iman sangat bencikan kekufuran dan tidak mahu sama sekali kembali kepada kekufuran sebelumnya. Menjauhi kekafiran beerti menjauhi neraka. Kadang-kadang kita memandang enteng pada beberapa perkara remeh contohnya bermasam muka dengan kawan, bersangka buruk dengan seseorang, melakukan perkara yang menyakiti hati orang lain dan sebagainya. Walaupun perkara ini kecil dimata manusia, namun belum tentu ia kecil disisi Allah SWT.  Seperti satu kisah dimana seorang wanita memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan ketika itu, Lalu Rasulullah mengkhabarkan bahawa wanita itu merupakan salah seorang dari penghuni syurga. Subhanallah, betapa Allah menilai amal perbuatan kita walau sebesar zarah.

Islam tidak menghasilkan generasi rahib yang hanya akrab dengan Tuhan tetapi membelakangkan tanggungjawab sesama insan. Islam juga tidak menghasilkan umat yang hanya maju didalam bidang akademik dan material tetapi miskin dengan akhlak dan budi.. Tidak hairanlah jika generasi Al-Quran pimpinan Rasulullah SAW berjaya mendapat keredhaan Allah diakhirat dan juga menjadi pembina empayar didunia.

Marilah kita renung bersama, semenjak dialam roh lagi satu perjanjian telah termetrai antara hamba dengan Tuhan. Manusia telah mentaati Allah selaku hambaNYA. Janji dialam roh itu diangkat semula dengan kedatangan para Rasul kedunia. Dan janji yang sama diulang-ulang lagi dalam doa iftitah setiap kali solat.

Unsur dalaman ini bersifat ma'nawi. Ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Ia tidak dapat dipegang tapi dapat dirasa. Lantaran itu, kebanyakan kita tidak mengambil berat soal roh sepertimana kita begitu serius mengambil berat soal jasat dan material. Inilah puncanya mengapa ramai manusia termasuk diri kita gagal untuk mengubah sikap-sikap yang buruk didalam diri.

Wallahuta'ala a'lam....

~ Daripada Anas r.a. berkata : " Pernah Rasulullah SAW memberi nasihat yang belum pernah sama sekali saya dengar seperti nasihat itu. Lalu baginda bersabda : " Jikalau kamu tahu tentang syurga dan neraka yang pernah diperlihatkan kepadaku, nescaya kamu hanya akan tertawa sedikit sahaja dan akan menangis sebanyak-banyaknya pula ". Kemudian para sahabat menutup muka mereka dan terdengarlah suara tangis yang tersedu-sedu ".


العلم نور
5.25 PM
My Sweet r00m ^^
Alexandria Egypt

Nota k0cek ~ Sedang menambah  kemanisan dalam gula...ops, silap..kemanisan dalam iman la..hehe ~.^

No comments: