Assalamualaikum wbt sume ^^
Bismillahirrahmanirrahim...
sombongnya aku
kerana tidak memandang wajahmu
bukan kerana kau tidak cukup sempurna dimataku
tapi kerana aku ingin menjaga pandanganku
dari melihatmu dengan pandangan yang dihiasi nafsu
yang akan merosakkan imanku dan juga imanmu
sombongnya aku
kerana tidak menghiraukan panggilanmu
bukan kerana aku tidak sudi mendengar bicaramu
tapi kerana aku ingin menjaga fikiranku
dari khayalan kata-kata indah & manismu
yang mampu membuat aku lupa untuk
mengingati sang pencipta
sombongnya aku
kerana tidak membalas senyumanmu
bukan kerana aku tidak menyukaimu
tapi kerana aku ingin menjaga hatiku
dari dibuai perasaan aneh yang akan
membawaku ke lembah kemaksiatan dunia
sombongnya aku
kerana tidak menerima huluran kasih & cintamu
bukan kerana aku ego atau membenci lelaki sepertimu
tapi kerana aku ingin menjaga diriku
dari cinta yang belum tentu halal bagiku
Biarlah ku simpan pandanganku
agar suatu hari nanti aku bisa
memandangmu dengan pandangan suci
biarlah ku menjauh dari kata-kata indahmu
agar suatu hari nanti aku bisa
mendengar ucapan kasih yang ikhlas dari hatimu
bukan ucapan yang hanya berlandaskan nafsu
biarlah ku simpan senyumanku
agar suatu hari nanti kau tidak bosan
melihatnya disetiap hari-harimu
biarlah ku sembunyikan cinta dihati ini
agar suatu hari nanti aku bisa
mencintaimu dengan cinta yang halal buatmu
Bicara Hati
9.13 PM
My Sweet r00m ^^
Alexandria Egypt
Nota k0cek ~ Dari hati meluah rase...puncenye sbb dulu ade orang kate syer ego & sombong...huhu ~.^
No comments:
Post a Comment